PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU TADIKA TASKA & PRA SEKOLAH !!



VIRTUAL CLASS - Pendidikan Awal Kanak-Kanak 


YURAN : RM40.00 SAHAJA. 
JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI NO DI DALAM IKLAN.


KEMUDIAN...

Daftar Melalui Link Dibawah ini :




Google Form Terma & Syarat serta Carta Alir Saringan Kanak-kanak sepanjang covid-19

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah persiapan bagi carta aliran apabila TKC dibuka nanti, prosedur2 yang akan dilaksanakan oleh pihak TKC adalah seperti berikut. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

#Cegah adalah lebih baik dari merawat

Terima Kasih,



Muhammad Hafiz Hanis B Abdul Rahman
Pengusaha,
Pusat Jagaan Kanak-kanak Hafiz
(Formerly Known as : TRANSIT KIDS CENTRE )

Thank You Parent TKC - Masih Bayar Yuran #thankyouAllah


Walaupun BAKTI kami terhenti seketika, BUDI kami dikenang, alhamdulillah terima kasih semua ibu bapa yang masih menyokong dan mengirim yuran bulanan yang membantu kami terus bertahan di institusi jagaan kanak² ini, semoga tuan puan sekeluarga dimurahkan rezeki dan beri kesihatan hendakNya. Amin.


PENGUMUMAN : " STAY HOME STAY SAFE "

TKC TUTUP SEHINGGA 31 MAC 2020.
Assalamualaikum wbt..

Kepada Ibu bapa yang dihormati. 
Seperti sedia maklum dgn perutusan dari Perdana Menteri mengenai Covid 19. TKC akan ditutup sehingga 31 MAC ini.
DIMINTA SEMUA ANAK-ANAK BERADA DIDALAM RUMAH DAN BUAT AKTIVTI DIDALAM RUMAH SAHAJA.
Pihak TKC tidak seronok atau happy ingin tutup pusat jagaan kami, kerana ini juga adalah sumber pendapatan  kami. 😫πŸ₯ΊπŸ˜«πŸ₯Ί. Inshallah kita doa yang terbaik, Jika ada sebarang perubahan bagi memudahkan semua pihak, kami akan inform semula.

YURAN BERJALAN SEPERTI BIASA
Kepada semua ibu bapa yang dikasihi, 

FEES berjalan seperti biasa, sebarang perubahan penutupan atau pembukaan, saya akan maklumkan dari masa ke semasa. TKC akan mengeluarkan notis tutup dahulu. Jika ada perubahan kami akan inform tuan2 dan puan2.

Pihak TKC akan berhubung pihak JKM dulu, jika dibenarkan kami buka.

Harap semua ibubapa boleh memahami, Pihak TKC cuba untuk memahami ibu bapa juga dan akan mencari jalan untuk kesenangan semua pihak. Maaf sekali lagi. 

# TKC tempat anda meletak anak sewaktu anda mencari rezeki.
# Allah lebih mengetahui.
# Semoga wabak ini pergi cepat dari kehidpuan kita. Amin ya rabbal alamin.

# Selalu ingat mengingati, jangan penting diri.
#bukan seronok2 tutup TKC.
#demi keselamatan kita semua.

M Hafiz Hanis
Transit Kids Centre

CAMP 3 HARI 2 MALAM >> STAFF TKC - TAKE ACTION at PDS Training.

Bismillahirahmanirrahim...

Tanggal 14 - 16 Mac 2020.
Kesemua STAFF TKC telah mengikuti Program "Power Team" di Port Dickson, Negeri Sembilan, selama 3 hari 2 malam. Program yang di rancang oleh Ustaz Hanif, selaku Pengarah Kafa Azzahrawan telah mengaturkan program ini bagi semua Staff dari Kafa Azzahrawan, Taska Azzahrawan dan Transit Kids Centre yang terdiri daripada 18 Orang.

Program ini bertujuan diadakan adalah bagi melatih dari segi disiplin , tanggungajawab dan mengasah bakat atau idea-idea kreativiti dari semua guru-guru dalam menangani di hari pembelajaran di kelas dan pusat jagaan.


AKTIVITI : " Survival Base "

Aktiviti survival base ini sangat menarik, dan maklumat dan pelajaran ini bagus untuk semua peringkat umur bagi kendalikan diri di saat kita tiada kemudahan-kemudahan seperti dirumah dan bandar.

Kami diajar untuk Makan dan mengenali daun yang boleh dimakan dengan jurulatih yang berpengalaman lebih dari 30 tahun tentang di hutan ini. Guru-guru juga dilatih untuk membina tempat penempatan sendiri serta masak dan membuat kayu api sendiri untuk memasak dan minum di hutan ini.








Pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di PDS Training ini, dengan jurulatih yang cekap dan berpengalaman, Kami dapat mempelajari ilmu yang baru dan melatih diri untuk mejadi lebih berkeyakinan, bertanggungkjawab dan mahir dalam perkara-perkara yang baru.

Inshallah, dengan kehadiran di PDS Training ini, kesemua kakitangan akan menjadi lebih terbaik, Inshallah.. amin..

TRAINING : NEURO LINGUISTIC PROGRAM (NLP) Training.

Bismillahirahmanirahim...

Tanggal 8/3/2020

Kesemua staff telah menyertai program NLP ini, adalah bertujuan  dibawah :

Sukar mengawal pelajar?
Pelajar tidak ikut arahan?
Sentiasa kalah dengan emosi?
Tiada keyakinan dalam komunikasi?

Program ini dapat melatih guru dan individu untuk memahami dan berkomunikasi bersama murid dan pelajar dengan menggunakan kaedah ‘neuro linguistic programming’ (NLP).

Alhamdulillah, mudahan semua staff dan guru-guru dapat mempelajari salah satu di bawah ini, dan menjadikan diri lebih cemerlang. inshallah...

 πŸŒŸ Seni dan Sains Kecemerlangan Diri
 πŸŒŸ Kaedah meningkatkan motivasi diri dan pelajar.
 πŸŒŸ Memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik dengan individu dan kumpulan pelajar.
 πŸŒŸ Komunikasi berkesan menggunakan NLP.
 πŸŒŸ Memahami bahasa badan yang berpengaruh dan meningkatkan kredibiliti.
 πŸŒŸ Bahasa positif dan berpengaruh.
 πŸŒŸ Mengawal dan mengurus keadaan diri dan pelajar.
 πŸŒŸ Teknik metafora dan cerita sebagai alat berkuasa tinggi dalam pembelajaran.
 πŸŒŸ Teknik menangani cabaran tingkah laku.






Mudahan ilmu yang bermanfaat ini dapat diterapkan pada diri sendiri dan membimbing anak-anak menjadi generasi yang lebih baik. Amin..