CAMP 3 HARI 2 MALAM >> STAFF TKC - TAKE ACTION at PDS Training.

Bismillahirahmanirrahim...

Tanggal 14 - 16 Mac 2020.
Kesemua STAFF TKC telah mengikuti Program "Power Team" di Port Dickson, Negeri Sembilan, selama 3 hari 2 malam. Program yang di rancang oleh Ustaz Hanif, selaku Pengarah Kafa Azzahrawan telah mengaturkan program ini bagi semua Staff dari Kafa Azzahrawan, Taska Azzahrawan dan Transit Kids Centre yang terdiri daripada 18 Orang.

Program ini bertujuan diadakan adalah bagi melatih dari segi disiplin , tanggungajawab dan mengasah bakat atau idea-idea kreativiti dari semua guru-guru dalam menangani di hari pembelajaran di kelas dan pusat jagaan.


AKTIVITI : " Survival Base "

Aktiviti survival base ini sangat menarik, dan maklumat dan pelajaran ini bagus untuk semua peringkat umur bagi kendalikan diri di saat kita tiada kemudahan-kemudahan seperti dirumah dan bandar.

Kami diajar untuk Makan dan mengenali daun yang boleh dimakan dengan jurulatih yang berpengalaman lebih dari 30 tahun tentang di hutan ini. Guru-guru juga dilatih untuk membina tempat penempatan sendiri serta masak dan membuat kayu api sendiri untuk memasak dan minum di hutan ini.








Pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di PDS Training ini, dengan jurulatih yang cekap dan berpengalaman, Kami dapat mempelajari ilmu yang baru dan melatih diri untuk mejadi lebih berkeyakinan, bertanggungkjawab dan mahir dalam perkara-perkara yang baru.

Inshallah, dengan kehadiran di PDS Training ini, kesemua kakitangan akan menjadi lebih terbaik, Inshallah.. amin..

No comments:

Post a Comment